_____________________________________________________
MEMBELI SAMBIL MENYUMBANG
#supportasnaf
✅Bantu usahawan kolam air tawar yang terjejas akibat Covid-19
✅Bantu Madrasah Tahfiz, Rumah Kebajikan, Asnaf & golongan memerlukan untuk mendapatkan bekalan sumber protein segar
Pengenalan
Ramai pengusaha perniagaan terjejas akibat pandemik Covid-19 termasuk dalam industri akuakultur tempatan. Banyak hasil ikan mereka tidak dapat dijual kerana kekurangan pembeli atau pemborong.
Melihat kepada masalah yang dihadapi oleh penternak ikan tempatan ini, Philandure telah mengambil inisiatif untuk membantu mereka dengan mewujudkan platform pembelian melalui konsep membeli sambil menderma. Melalui kempen ini, dana tersebut akan disalurkan kepada penternak ikan tempatan Rimbunan Kasih. Manakala ikan yang telah dibeli akan diagihkan kepada pusat-pusat kebajikan yang berdekatan.
Program ini bukan sahaja dapat membantu memperkasakan ekonomi perusahaan akuakultur yang dijalankan oleh masyarakat setempat di Rimbunan Kasih tetapi juga secara tidak langsung menjamin sumber protein segar kepada masyarakat asnaf selama 6 bulan.
- Memperkasakan masyarakat setempat yang terjejas akibat kemerosotan industri akuakultur akibat pandemik ini melalui program infaq.
- Untuk mendapatkan sumber protein segar untuk komuniti Asnaf.
Bantu Segera
Ayuh bersama-sama dalam kempen #supportasnaf dengan menyumbang melalui pembelian bekalan sumber protein segar dari usahawan kolam air tempatan untuk golongan Asnaf & yang memerlukan.
Sumbangan 10kg: RM 150.00
Sumbangan 20kg: RM 300.00
Sumbangan 50kg: RM 750.00
Sumbangan 100kg: RM 1,500.00