
_____________________________________________________
PENDIDIKAN UNTUK SEMUA:
JOM BANTU ANAK-ANAK YATIM DAN PELARIAN
Ayuh bantu kanak-kanak yang ketinggalan pendidikan agar masa depan mereka lebih terjamin
Pengenalan
Pada 2017, UNHCR melaporkan lebih 4 juta kanak-kanak pelarian yang tidak bersekolah, dan jumlah itu meningkat sebanyak 500,000 setiap tahun. Sebagai sebahagian daripada Matlamat Pembangunan Mampan 2030 yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), salah satu matlamat untuk inisiatif ini ialah Pendidikan Berkualiti untuk semua. Ia menyokong pendidikan berkualiti untuk semua kanak-kanak tanpa mengira kewarganegaraan, kebolehan dan latar belakang sosioekonomi.
Oleh itu, Sahlah Academy telah bekerjasama dengan Philandure untuk memainkan peranan bagi menyokong Program pendidikan untuk semua peringkat umur terutamanya anak-anak yatim dan kanak-kanak pelarian.
Matlamat & Impian
Matlamat penubuhkan dana pendidikan antarabangsa adalah untuk kanak-kanak pelarian dengan kurikulum dan program khusus. Impian terbesar kami untuk kempen kutipan dana ini adalah untuk mengumpul $300,000 untuk menaja pendidikan sekurang-kurangnya 500 kanak-kanak pelarian dan anak-anak yatim.
Permasalahan
Sepanjang pandemik COVID-19, ia telah menjejaskan pelbagai kumpulan secara negatif, dan kanak-kanak pelarian serta anak-anak yatim di seluruh dunia tidak terkecuali. Kanak-kanak pelarian sangat sukar bagi mereka untuk memperolehi pendidikan formal kerana pelbagai faktor, terutamanya kewangan. Hal ini jelas menyayat hati dan jurang itu perlu dielakkan agar mereka memperolehi peluang yang saksama untuk menjadikan kehidupan yang lebih baik supaya masa depan mereka lebih terjamin. Kami berharap dapat menjadikan pendidikan sebagai satu realiti dan mudah diakses bagi mereka yang memerlukannya.
Penyelesaian Masalah
Dalam usaha untuk menyelesaikan krisis ini, kami telah memikirkan kaedah penyelesaian. Kami di Sahlah Academi akan menyediakan penyelesaian yang mampan melalui platform pendidikan elektronik yang boleh disokong pada peranti mudah alih.
Penyelesaian masalah termasuk kurikulum untuk kanak-kanak dari semua peringkat persekolahan, program kelayakan untuk guru dan pemimpin pendidikan, dan program pendidikan dipercepat.
Siapa kami?
Sahlah Akademy ditubuhkan untuk membolehkan para profesional, pelajar dan masyarakat umum memperoleh kemahiran bahasa yang diperlukan yang melayakkan mereka memahami Al-Quran, dan mencapai kejayaan akademik dan profesional. Kami membantu anda merancang pengalaman unik anda sendiri untuk belajar mata pelajaran Bahasa Arab dan Islam. Pasukan pengurusan kanan mempunyai lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam pendidikan, teknologi dan pembangunan kapasiti.
Bantu Segera
Ayuh bantu segera kanak-kanak yang ketinggalan pendidikan melalui cara salurkan bantuan kewangan kepada pihak kami demi masa hadapan kanak-kanak pelarian dan anak-anak yatim.
Tajaan 1 Bulan: RM 250.00
Tajaan 6 Bulan: RM 1300.00
Tajaan 1 Tahun: RM 3000.00