Akaun philandure.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

JOM DAFTAR KIDS JAMBOREE!

Edisi Palestin | Al-Qudsulana


DIBAWAKAN KHAS UNTUK ANDA

Kids Jamboree Edisi Palestin 

Kids Jamboree Edisi Palestin merupakan sebuah program edutainment yang santai. Program selama 4 jam ini yang akan berlangsung pada 16 September 2021, ditujukan khas buat anak-anak berumur 5-12 dengan pelbagai aktiviti menarik dijalankan dengan tujuan menanam semangat rasa cinta dan kasih kepada saudara kita di seluruh dunia khususnya Palestin. Program ini bakal memberikan pengalaman dan pengetahuan baru untuk anak-anak agar semangat sayang dan cintakan saudara di Palestin dapat dipupuk dari kecil dan menanam azam untuk cintakan Islam dan negara!

TEMUI SELEBRITI & IKON KEMANUSIAAN

 
  • The Helmis
    • Tuan Nadir Al-Nuri
    • Mama Tiyah
    • Imam Muda Asyraf
    • Ustazah Isfadiah
    • Bro Harith

PENAMPILAN ISTIMEWA


MODERATOR
The Helmis
The Helmis merupakan pasangan adik beradik yang bergiat aktif di dalam dunia kesukarelawanan. Pernah menjalankan misi luar negara di Kemboja, Palestin dan Syria, antara motivasi yang mendorong mereka untuk terus bergerak lebih jauh dalam bidang kemanusiaan termasuk pengalaman membantu orang yang sangat memerlukan.

KAMI SAYANG PALESTIN
Bro Harith

Lepasan Universiti Ummu Al-Qura Mekah, semasa masih bergelar pelajar di sana, beliau bergiat aktif di dalam aktiviti kemanusiaan seperti program ketika bulan puasa di Masjid Al-Haram Mekah. Aktif dalam memberikan bimbingan dan motivasi tentang sirah Nabi Muhammad SWT, beliau juga merupakan antara panel dalam rancangan Prof Muhaya.




3 TANAH SUCI
Mama Tiyah
Mama Tiyah atau Dr. Noor Atiyah Azmi merupakan Mompreneur dan berpengalaman luas dalam memberikan ceramah untuk topik keibubapaan, kanak-kanak dan pemerkasaan wanita. Merupakan penaung. Aspirasi beliau adalah untuk melahirkan generasi yang bertakwa serta berperibadi tinggi.


AL-QUDS BUMI ANBIA
Ustazah Isfadiyah
Personaliti TV terkenal dan juga ikonkemanusiaan bagi persatuan NGO Serantau Muslim, Ustazah Isfadiyah pernah terlibat dalam misi kemanusiaan di Syria dalam misi bantuan musim sejuk dan juga secara tidak langsung telibat dalam pengumpulan dana Palestin bersama MyAqsa Defenders. 


 AL-QUDS KITA PUNYA
Imam Muda Asyraf
Imam Muda Asyraf merupakan pendakwah bebas yang pernah dinobatkan sebagai Juara Imam Muda Astro Oasis 2010. Berpengalaman luas menyampaikan ceramah, beliau juga merupakan Penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul dan Pendakwah Muda Negara tahun 2015.


PERSEMBAHAN KHAS ANAK- ANAK PALESTIN
Tuan Nadir Al-Nuri
Satu-satunya rakyat Malaysia di Palestin,beliau bergiat aktif dalam dunia kemanusiaan sejak dari pangkuan sekolah. Merupakan Pengerusi MyAqsa Defenders dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, beliau sangat berdedikasi dalam kerja kesukarelawanan dan kemanusiaan.



MENARIK! MACAM MANA NAK DAFTAR?

JOM SERTAI KIDS JAMBOREE!
Perjuangan pembebasan Palestin tidak berhenti sehingga hari ini. Umat Islam di sana setiap hari berjuang untuk mendapatkan kembali tanah para Anbiya. Rakyat terpaksa berkorban harta, tanah malah jiwa raga mereka demi tanah yang suci ini. Cerita tentang perjuangan di bumi ini mungkin menyentuh hati-hati ibu bapa, tapi bagaimana pula dengan anak-anak? Apakah mereka faham akan perjuangan yang suci ini?
Marilah bersama-sama kami menyelusuri perjuangan ini. Jom sertai kami!